THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, Disember 18, 2009

Apa yang perlu kita lakukan sebelum tidur..???

Sedang kita lena membuai mimpi, ada beberapa perkara yang belum kita selsesaikan sebelum tidur. Malah sebelum tidur,ada yang terlupa ataupun buat-buat lupa untuk membaca doa tidur yang diajarkan oleh guru-guru pada zaman sekolah dulu. Mungkin pada zaman sekolah dulu kita selalu amalkan membaca doa sebelum dan selepas tidur ini tetapi apabila naik peringkat dewasa,kita lupa untuk mengamalkan amalan mahmudah ini disebabkan kita sering menyibukkan diri pada perkara duniawi. Apatah lagi untuk mengamalkan zikirullah atau amalan-amalan sunnat bagi menambahkan pahala seorang hamba yang tidak terlepas dengan dosa-dosa.

Di sini saya ingin kongsikan kepada sahabat-sahabat tentang tajuk pada kali ini. Ada 4 perkara yang perlu kita lakukan sebelum tidur. Apa dia ye…?????

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara ini,iaitu :

1. Sebelum tidur khatam kan Al-Qur’an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah.. bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasulullah tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.
Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku,maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.”
Ambillah sedikit masa untuk mengamal amalan ini sebelum tidur. Sedangkan kita terlampau banyak masa dalam melakukan pada perkara yang kurang mendatangkan manfaat pada diri sendiri. Muhasabah lah diri yang serba kekurangan ini,moga suatu hari nanti kita mati dalam keadaan seorang mukmin yang beriman pada Allah taala.. Waallahutaalam…..

0 comments: