THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, Disember 18, 2009

Ikhtilat…….. Ikhwah……. Akhawat…….

Ikhtilat…….. Ikhwah……. Akhawat…….

Apa itu ikhtilat?? Ikhtilat bermaksud bergaul atau bercampur bebas. Kali ini saya ingin membawa pengisian yang berkisarkan tentang ikhtilat. Pada masa kini,ikhtilat antara ikhwah(lelaki) dan akhawat(perempuan) semakin berleluasa tidak kira muslim ataupun non-muslim,sama ada mahasiswa ataupun pelajar sekolah,yang belajar agama ataupun yang tidak belajar agama dan yang seumpamanya. Oleh itu, Islam meletakkan perkahwinan sebagai jalan penyelesaian yang sah. Sebaliknya Islam mengharamkan lelaki dan wanita melakukan sebarang bentuk hubungan yang tidak sah dan haram seperti melunakkan suara apabila bercakap bertujuan menarik perhatian,bercakap menggunakan istilah keji,kesat dan lucah,tidak menundukkan pandangan,menyentuh mana-mana bahagian badan,melakukan khalwat,ikhtilat tidak syar’ie,liwat serta zina.
Ikhtilah syar’ie bermaksud percampuran lelaki dan perempuan yang mengikut ketetapan –ketetapan syara’ seperti:
1) Ikhtilat yang dilakukan atas dasar darurat. Contohnya,terpaksa melakukan ikhtilat di tempat awam yang terbuka,sibuk dan tidak membawa sebarabg fitna seperti jalanraya yang sesat,pusat membeli belah,kenderaan awam dan sebagainya.
2) Ikhtilat yang dilakukan atas dasar keperluan. Contohnya ikhtilat di rumah ibadat,mahkamah,majlis perkahwinan dan pertunangan,majlis ilmu,medan dakwah dan yang seumpamanya.
3) Menjaga adab-adab Islam seperti tidak bersentuhan,sama-sama menjaga aurat,menundukkan pandangan,menjaga adab bercakap,asingkan tempat antara lelaki dan wanita,tidak menimbulkan fitnah atau boleh menghilangkan maruah dan kehormatan,berada di bawah kawalan orang-orang yang boleh dipercayai,amanah,bertanggungjawab,soleh dan sebagainya.
Ikhtilat tidak syar’ie pula bermaksud ikhtilat yang tidak memenuhi kriteria-kriteria ikhtilat syar’ie. Jelas kepada kita bahawa dunia siber bukan penghalang berlakunya khulwah dan ikhtilat tidak syar’ie. Boleh kita istilahkan khulwah dan ikhtilat moden yang sememang nya amat bahaya kerana kedua-duanya dalam keadaan terancang,rahsia,tertutup dan tanpa kawalan sehingga begitu sukar dibendung melainkan dengan kekuatan iman individu seseorang dan perasaan takut kepada Allah sahaja yang dapat mengatasi segalanya.
Ini jelas menunjukkan bahawa banyak berlaku ikhtilat yang tidak syar’ie di sekeliling kita yang tidak kita sedari. Dalam pada ini,ada juga segelintir rakan-rakan seperjuangan saya yang mempunyai hubungan seperti ini. Malah pelajar-pelajar yang dididik dari kalangan yang berilmu agama juga tidak terlepas dalam masalah ini.. Apakah punca berlakunya sedemikian??....... Adakah silap dari diri sendiri??...... Dari manakah kesilapan ini boleh terjadi??....... Bagaimanakah kita untuk mengatasi masalah ini??................ Mungkin soalan ini boleh terjawab dalam diri masing-masing..
Bergaul antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya ada batasnya, maka haram lelaki dan wanita bergaul hanya berdua saja. Sebaiknya ditemani mahramnya. Jika hanya berdua saja.maka hilang rasa malu dan menyebabkan boleh terjerumus ke lembah zina.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah laki-laki dan perempuan berkhulwah(berdua-duaan) kecuali yang ketiganya adalah syaitan”.(riwayat tirmidzi). Dan Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu pekerjaan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (surah Al-Isra’:ayat 32)
Di sini dapat kita simpulkan bahawa ikhtilat ialah percampuran yang melibatkan beberapa orang lelaki dan perempuan ajnabi(bukan mahram) pada satu tempat. Apabila rijal dan nisa’ berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertetapan dengan sabda Rasulullah SAW: “Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga.”
0leh demikian,dengan kefahaman kita tentang ikhtilat ini moga-moga kita dapat menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syara’. Segala apa yang saya kongsikan pada kali ini berkait rapat dengan kehidupan seseorang remaja itu terutama pada diri saya sendiri. Semoga kita sama-sama dapat menjauhkan diri dari terjebak dengan perkara ini.. Insyaallah….

0 comments: