THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, Disember 18, 2009

Jauhi Ikhtilat..!!!

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Kali ini saya ingin berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim bersama sahabat-sahabat serta para pembaca blog ini.
1) Elakkan berhubungan dengan lelaki
Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa’ dan rijal,mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa’ minta bantuan soal baiki kereta dan perkara-perkara yang tidak mampu dilakukan nisa’. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2) Ringkaskan dan padatkan ayat
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms,nota kecil dan sebagainya. Tak perlulah meletakkan ikan senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu,haha,hehe,hihi. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon,jagalah suara anda terutama nisa’ selari dengan tuntutan Al-Quran:”wahai isteri-isteri nabi,kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.”

3) Tundukkan hati
Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas dari fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4) Tundukkan pandangan
Jangan tertipu dengan matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar “make eye contact with the person you’re talking to”. Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep “dari mata turun ke hati”. Tak bermakna tundukan pandangan ini sehingga jalan terlanggar tiang.

5) Mempercepatkan urusan
Apabila ada urusan segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi,luahan hati,gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman ketiga anda(syaitan).

Dengan langkah-langkah ini,dapat kita bersama-sama mengatasi masalah pergaulan bebas yg makin menjadi-jadi dikalangan remaja sekarang. Di sini ingin saya mengingatkan diri saya sendiri dan diri sahabat-sahabat sekalian. Seseorang manusia itu tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Dari kesilapan ini,kita dapat perbaikan kelemahan diri kita dengan menjadi yang terbaik kepada yang lebih baik. InsyaAllah. Moga apa yang kita lakukan di dunia ini mendapat keredhaan dan keberkatan Allah Taala.

IKHTILAT JALAN MENUJU KE NERAKA..!!!!

0 comments: