THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, Disember 18, 2009

Mesir Bumi Kinanah

Kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang pengenalan dan sejarah Negara mesir. Pejam celik pejam celik ,hampir 4 bulan saya di sini. Dalam 4 bulan ini,banyak pengalaman dan ujian serta dugaan yg saya sudah alami terutama sekali ketika perjalanan ke kuliah dan ketika berada dalam kuliah. Tetapi di bumi ini lah para ulama’ mencari dan menimba ilmu yg pelbagai,di sini lah terlahirnya ulama’-ulama’ yang masyhur di seluruh dunia dan di mesir ini lah terbinanya universiti yang tertua di dunia .

Mesir merupakan sebuah Negara yang bertuah kerana kedudukan lokasinya yang agak strategik,terletak di utara benua Afrika. Keluasannya 1400000 kilometerpersegi dan terletak antara dua lautan iaitu Laut Mediterranean di utara dan Laut Merah di sebelah timur. Walau tanah gersang mendominasi keluasan Negara ini tetapi ia juga memiliki tanah di perlembahan sungai Nil yang subur untuk menjalankan aktiviti pertanian. Sungai Nil mengalir hingga ke empat buah Negara utama iaitu Sudan, Etopia, Uganda dan Tanzania.

Asal nama mesir ini daripada orang Qibthi (mesir kuno) yang menyebut Negara ini di zaman dahulu dengan istilah Kemy dan Tokemy yang bererti hitan atau tanah yang hitam sebagai simbol dari warna tanah subur. Istilah mesir paling kuno adalah Tawey yang bererti dua tanah kerana secara geografi Mesir terbahagi kepada dsejak dua iaitu Tasmao (dataran tinggi) dan Tsameho (permukaan laut). Masyarakat mesir sejak dahulu lagi bergantung terhadap Sungai Nil dengan menyebut mesir dengan nama Edbawey yang bererti tanah dua tepi.

Firman Allah taala bermaksud: “maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf: Yusuf merangkul ibu bapanya dan dia berkata: Masuklah kamu ke negeri Mesir, Insyaallah dalam keadaan aman”.(surah Yusuf:ayat 99).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Sesungguhnya Kamu akan membuka negeri yang disebut di dalam Qirath (nilai mata wang yang banyak digunakan pada waktu itu) maka hendaklah kamu berwasiat kepada penduduknya dengan kebaikan Maka sesungguhnya bagi mereka itu kehormatan serta kebenaran dan Hajar ibu Nabi Ismail A.S adalah dari kalangan mereka”. ( Riwayat Muslim).

Setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan kepada semua pembaca-pembaca blog ini… WaAllahutaalam….

0 comments: