THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Selasa, Julai 07, 2009

wanita solehah hiasan dunia

بِسْمِ اللٌهِ الرٌحْمَنِ الرٌحِيمِ

Ahlan wasahlan ilal liqa’… bertemu kita di blog “wanita solehah hiasan dunia” dimana Rasulullah s.a.w. ada bersabda yg bermaksud ‘dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yg paling indah ialah wanita yg solehah.’(Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menunjukkan bhwa Islam memandang tinggi kedudukan wanita pd kehidupan global..
Ada 3 gambaran ditelusuri dalam lembaran al-quran iaitu:
1) wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
2) wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
3) wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Menurut perspektif Islam juga,wanita merupakn pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Justeru, dijelaskn serba sedikit tntg definisi blog ini.
Akhirnya, hayati n renungkn lah riwayat hadis Rasulullah ini..

Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” - (Riwayat Al-Tausi)

Wasalam w.b.t.

0 comments: